Sejarah GIATMARA MALAYSIA

Majlis MARA meluluskan penubuhan GIATMARA pada tahun 1986 bagi menghasilkan K-Entrepreneur dan K-Workers dalam pelbagai bidang pekerjaan sejajar dengan permintaan masyarakat setempat.

Pusat GIATMARA yang pertama dibuka di Jitra, Kedah dan GIATMARA berkembang pesat dengan penubuhan 176 pusat di semua kawasan Parlimen menjelang akhir Rancangan Malaysia ke- 8.

Kini GIATMARA telah mula menawarkan program komuniti di beberapa Pusat GIATMARA. Program berjangka pendek ini menerapkan falsafah pembelajaran sepanjang hayat dan sebagai permulaan, Pusat Komuniti GIATMARA Tanjung Agas, Johor dan Pusat Komuniti GIATMARA Pongsu Seribu, Pulau Pinang telah mula beroperasi.

Pusat GIATMARA menawarkan Kursus Sepenuh Masa dan Jangka Pendek. Tempoh Kursus Sepenuh Masa adalah di antara 6 bulan hingga 12 bulan. Antara kursus yang ditawarkan adalah Mekanik Teknologi Radio dan Pendawaian Elektrik Domestik. Manakala Kursus Jangka Pendek adalah di antara 2 hari hingga 6 bulan meliputi kursus-kursus seperti Literasi Komputer dan Rakaman Video Kamera.

GIATMARA menggalakkan pelatih-pelatih yang telah tamat program supaya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan melalui Program Inkubator.

GIATMARA memainkan peranan penting dalam mendidik pelatih melalui program latihannya di dalam dan luar negara.

Pengurusan GIATMARA sentiasa proaktif dan kreatif sebagai pemangkin dalam memperkayakan kemahiran masyarakat.


Objektif GIATMARA

  • Meningkatkan bilangan Bumiputera yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional yang bersesuaian dengan keperluan negara.
  • Menambahkan bilangan bakal usahawan Bumiputera yang berdaya saing di pasaran terbuka.
  • Meningkatkan bilangan tenaga pengajara yang kompeten dan berkelayakan dalam bidang teknikal / vokasional.
  • Meningkatkan keyakian pihak 'stakeholder' dan industri terhadap keupayaan pelatih lepasan GIATMARA.

Visi GIATMARA

Menjadikan Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional sepanjang hayat yang terunggul di peringkat negara dan antarabangsa.

PGM RASAH

PGM RASAH

Misi GIATMARA

Menyediakan latihan teknikal dan vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak komuniti dan negara bagi mewujudkan tenaga mahir dan bakal usahawan yang berdaya saing.
No posts.
No posts.

SASARAN

Mereka yang belum pernah mendapat latihan kemahiran bagi tujuan mendapatkan kerja dan berusaha sendiri


Mereka yang hilang pekerjaan dan terpaksa mencari pekerjaan baru

Mereka yang ingin menambahkan pengetahuan kemahiran untuk kemajuan kejaya

Mereka yang sedang bekerja dan memerlukan peningkatan tahap kemahiran dalam jurusan yang diceburi.

Syarat-syarat Kemasukan Giatmara

  1. Warganegara Malaysia

  2. Sekurang-kurangnya 15 tahun pada tarikh permohonan.

  3. Bumiputra

  4. Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan

  5. Sihat tubuh badan dan tidak cacat

  6. Berminat dengan bidang yang dipohon

  7. Boleh membaca, menulis dan mengira.

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER

-SIJIL GIATMARA

FASHION AND DRESSMAKING

-SIJIL GIATMARA

LITERASI KOMPUTER

Kemudahan Yang Terdapat Di Giatmara

  1. Latihan percuma

  2. Elaun bulanan (sepenuh masa)

  3. Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin

  4. Sukan dan Rekreasi

  5. Sijil Kemahiran GIATMARA

  6. Sijil JPK (Di mana berkenaan)

  7. Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)

  8. Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)